Monday 11 February 2013

Resepi 3: Linguine Berkuah

Bulan Mac kian menjelang dan Ira sudah pun menghitung hari dan meneliti persedian keperluan untuk dibawa balik rumah. Balik rumah? Yes, i'm going back home soon!! InsyaAllah *hoooray*. Rindu famili, kawan-kawan & makanan yang sedap kat Tawau. 

Cakap pasal makanan sedap, ira nak habaq ni, kat Tawau ada satu restoran yang nasi ayamnya walla! favorite keluarga iaitu Sabah Chicken Rice. Sabah Chicken Rice ni terletak di Fajar Complex berhadapan dengan Secret Recipe. Restoran ini menyediakan pelbagai masakan dari Nasi ayam sampailah ke Mee Basah. Nak dijadikan cerita, Mee Basah ni adalah antara menu kegemaran kami adik beradaik. Selalu kalau singgah ke sini pasti ada yang akan memesan Mee Basah ni. Tapi kat semenanjung ni mana nak cari Mee Basah macam ni. Nak tak nak kene masak sendiri juga :'( 

Sayur terlalu masak -.-"


Sebelum ini Ira pernah mencuba untuk menyediakan masakan Mee Basah ni sendiri. Berkat tunjuk ajar Chef tegar di rumah, tadaaaa terhasilah Mee Basah air tangan sendiri (seperti yang di atas). Dan hari ini lagi istimewanya Ira telah pun mengolah resepi ini dan menggantikan Mee Kuning dengan linguine. 

Berikut adalah ramuan yang diperlukan untuk memasak resepi ini dan cara-cara menyediakannya:

Ramuan:

1. Linguine.
2. Udang/ayam/sotong (banyak seafood lagi sedap)
3. Bawang besar dihiris bulat dan bawang putih dicincang kecil
4. Sayur-sayuran ( Kali ni ira guna jaggung kecil & lobak yang di hiris halus)
5. Kek Ikan (fish cake)
6. Stok ayam Maggi
7. Cili api (kalau nak pedas)
8. Air
9. Bancuhan air tepung jaggung (untuk memekatkan kuah)
10. Minyak untuk menumis

Cara-Cara memasak kuah:
1. Tumis bawang putih & bawang besar sehingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan seafood/ayam dan gaul biarkan sampai sedikit masak. ( boleh masukkan cili api jika mahu pedas)
3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Setelah mendidih masukkan stok ayam secukupnya, dan setelah itu masukkan sayur.
5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jaggung untuk memekatkan kuah.

Cara penyediaan:
1. Letakkan linguine yang telah masak di atas mangkuk/pinggan.
2. Kuah yang pekat seterusnya diletakkan diatas linguine yang telah masak dan boleh di hiaskan dengan hirisan cili & daun bawang/sup. 

1..2..3.. Dah Siap ;)

Kuah  nampak agak cair.

No comments:

Post a Comment