Saturday 9 February 2013

Nestle 1: Kelas Memasak bersama Maggi & Chef Muluk

Pada hari rabu yang lepas, Maggi dengan kerjasama Chef Muluk telah menganjurkan "Kelas Masak-Masak bersama Maggi" bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2013. Kelas ini merupakan kelas yang pertama diadakan pada tahun 2013 dan ini adalah kelas memasak saya yang pertama setelah 9 bulan bersama Nestle. Lihat, keterujaan jelas terpancar diwajah :

Ada gaya chef tak? :P
Dalam sesi kelas kali ini Chef telah menunjukkan cara-cara untuk memasak 6 resepi yang menggunakkan konsep masakkan cina. 6 resepi itu adalah:

1. Hainan Chicken Rice: 

Satu bilik boleh bau nasi ayam ni..Yummy!

2. 8 Treasures Herbal Chicken: 

Kukus lebih 3 jam sampai empuk,.

3. Ever Success Steamed Pomfret:

Simple tapi sangat sedap. 5 bintang untuk rerspi ni.

4. Prosperity Sea Cucumber, Oysters and Mushrooms with Black Moss: 

Suka kombinasi sayur bersama scallops ni.

5. Joyful Spicy Prawns:

Seorang pun boleh habiskan satu pinggan ni ;P

Dan resepi terakhir adalah Happiness Broccoli and Cauliflower with Scallops, Fresh Lily Bulbs and Mushrooms. Baru perasan yang ini tak da gambar :( Berikut adalah gambar keseluruhan resepi :


Rasa macam makan kat restaurant pula :)

Dan muka yang tak mahu balik workstation sebab makanan terlalu sedap :)

Alhamdulillah, kenyang habiskan semuanya sampai licin :) 

Rata-rata resepi yang diajar sangat simple. Dengan adanya produk Maggi,ianya telah menjadikan kerja memasak sangat ringkas, mudah dan sodapp.

InsyaAllah akan mencuba salah satu resepi yang ada diatas ni :)


No comments:

Post a Comment