Sunday 10 February 2013

Puisi 1: Ku menunggu






Bunyi alunan seruling itu
sangat merdu, membuat aku terkhayal dalam mengimbau sejarah yang lalu
saat bersama kita melakar kenangan
mencorak pengalaman
yang senantiasa segar di minda
dan yang tak mungkin luput dari ingatan.

Aku hayati bait alunan itu
indah seumpama kisah indah kita
yang dulu beralun menjadi satu lagu
memberi nafas dalam setiap langkah ku
untuk menempuh hidup yang lalu.

Kini tiada lagi kedengaran tiupan kedamaian
yang bakal menghiasi kesunyian malam
yang tinggal hanyalah bait nota-nota
kaku, tanpa tiupan indah yang mengasyikkan.



Aku pasrah
aku berserah
dan aku berdoa
sejauh mana pun engkau berlari
pasti dirimu akan kembali.

umpama layang-layang terbang nan tinggi
berterbangan bebas di udara
mebelah jauh keatas kepulan awanan
yang sentiasa memayungi siang yang indah
talinya ku pegang erat
agar tidak terlepas dari gengaman
tidak hilang dari pandangan
kerana aku tahu pada fitrahnya
bila sampai detik yang tersurat
ianya pasti digengaman jua.


No comments:

Post a Comment