Tuesday, 12 February 2013

Dari kaca mata jujur insan kerdil

"Mata hati buta mudah menilai seseorang dari sudut siapa dia, bukan dari apa yang dikatakanya.. Kerana itu manusia akan sentiasa berada dalam kegelapan, dalam mencari kebenaran."


Video di atas telah dikongsikan oleh sahabat Ira dalam laman facebooknya. Kerana tajukanya yang berkaitan dengan kemiskinan, ianya telah menarik perhatian Ira untuk mendalami apa yang terkandung dalam video ini. Ceritanya bermula apabila seorang guru bertanyakan pengalaman murid-muridnya pada cuti yang lepas. Semua yang berada didalam kelas sangat teruja untuk bercerita, kecuali hanya ada seorang yang masih tekun mewarna. Guru itu telah pun memilih untuk mendengar luahan kanak-kanak tersebut.

Dengan keterujaan yang mendalam, kanak-kanak itu telah pun menceritakan pengalaman indahnya itu. Akan tetapi, rakan sekelasnya telah mengelarnya sebagai penipu, hanya kerana gambaran yang diceritakan tidak sama seperti apa yang rakan-rakanya bayangkan. Sukar bagi mereka untuk mempercayai cerita indah itu kerana ianya sesuatu yang sangat mustahil untuk dikecapi oleh orang yang kurang berada sepertinya.

"saya tak tipu, kamu yang tersalah tafsir"


Terdapat beberapa pengajaran yang dapat dijadikan tauladan didalam video ini, antaranya:

1. Selain daripada mengajukan soalan kepada kanak-kanak yang lain, guru ini telah pun mengambil keputusan yang bijak untuk mendalami apa yang tersirat di dalam hati seseorang yang kurang berkemampuan. Fitrahnya, kita sebagai manusia cenderung untuk mendengar luahan hati dan pengalaman orang yang lebih berada kerana pasti pengalaman itu akan mengujakan kita. Namun kita sering lupa yang orang berkemampuan juga punya luahan hati untuk didengari, yang mana kadang ianya lebih indah dari apa yang kita bayangi.

2. Kepayahan itu sukar di mengerti bagi insan yang masih kecil kerana kematangan membatasi kefahaman yang berbeza. Kanak-kanak yang kurang berkemampuan ini telah melalui satu pengalaman membesar  dalam serba kekurangan berbanding rakannya yang lain, namun menerusi penceritaanya dia merasakan yang pengalamanya itu merupakan satu pengalaman yang hebat, dimana ianya menjangkaui gambaran rakan sekelasnya yang lain. Bagaimana ianya boleh terjadi? Ini disebabkan oleh sikapnya yang sentiasa bersyukur atas apa yang berlaku dan di perolehi. 

3. Sukar bagi rakan kanak-kanak ini menerima kisah indah di sebalik apa yang dialaminya hanya kerana kenyataan dirinya yang kurang berkemampuan. Pada dasarnya dilihat ramai antara kita yang selalu menilai seseorang itu pada rupa & fizikalnya. Sejauh mana pun kebenaran yang dikiaskan, sukar bagi kita mempecayainya hanya kerana dia seorang yang kurang berkemampuan. Bukankah kebebasan bersuara itu tidak mengenal erti status yang berbeza? Mengapa bila mereka yang kurang berkemampuan melontarkan buah fikiran, kita tolak ideanya malah dituduh pula mereka hanya berpura. Kezaliman akan terus bermaharaja jika pemikiran ini di warisi dari dahulu sehingga ke hari ini.



   Sumber:Seindah Cinta Islam

Sesusah mana kesusahan yang kita alami, pasti ada insan lain yang lebih susah.
Sesakit mana kesakitan yang kita alami,pasti ada insan lain yang lebih sakit.
Seperit mana pun penderitaan yang kita alami, pasti ada insan lain yang lebih menderita.
Kenapa keluhan yang sentiasa di helakan?
Kenapa derita yang selalu dibahaskan?
Jika insan kecil mampu menerimanya dari sudut berbeza kenapa tidak kita?

Muhasabah bersama.


No comments:

Post a Comment